Selasa, 1 Januari 2013

Macam Tak Percaya !!!

Oh my god !!! Betul ke apa yang aku akan hadap esok. Jap, mungkin mimpi kot *sambil tampar pipi*. Auchhh !!! Sakitlah !!! Eh betullah. Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa esok sekolah. Maigad !!!

Ok aku memang tak percaya esok aku akan jumpa para Cikgu aku, Makcik kantin, Pak guard sekolah. Maka dengan ini juga aku akan buat habit lama aku. Antaranya ialah

  1. Akan berdiri atas kerusi sebab muka aku memang muka pemalas nak buat kerja sekolah. Cikgu aku akan pengsan kalau aku siapkan kerja sekolah. Hehehe *ketawa ala-ala Filem Tamil*
  2. Budak cina paling tak suka aku and the geng sebab kitaorang selalu pinjam kerja sekolah Mathematics and Science.
  3. Yang nie paling aku tak suka apabila orang pijak kasut sekolah aku yang baru aku kapur. Rasa macam nak aku cekik batang leher dorang.
  4. Mata aku nie batu bata, lori, treller semua ada kat mata aku. So maka terjadilah aksi Cik Cinderella beradu di kelas. Sepanjang 2 tahun aku sekolah menengah, rasa tak terkira berapa banyak cikgu adakan acara lontar peluru kat kelas. Lontar pemadam papan putih.
  5. Tak beratur masa beli makanan kat kantin. Main terjah jer langgar orang. Maka dengan ini terjadilah aksi jeling-menjeling daripada para pembeli. Tapi aku tetap dengan slogan hidup aku *Ada Aku Kesah !*
Ok inilah antara habit yang terlintas kat kepala otak aku. Sebenarnya ada lagi tapi tak ingat. Al-maklumlah, nenekkan pelupa. Hehehe. Ok aku nak pergi gosok baju. Bubbye everybody muah pipi kanan, muah pipi kiri, MUAHHH !!